1. Batu Pairus Turquise
Batu Pirus juga disebut sebagai turquise begitu kenal oleh para
pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan
jaluran urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus
mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan besi yang memberikan
peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan
kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang
menonjol, menunjukkan kandungan besi makin tinggi.
Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun
keatas. Peminat batu ini begitu banyak, dengan pirus kerana keindahan
dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik.
Khasiat yang batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses
penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan jiwa dan membuka aura
kekuatan diri khususnya kekuatan dalaman atau rohani.
2. Batu Hakikat
Batu Hakikat asalnya ialah batu pegunungan. ada juga orang
berpendapat bahwa batu ini bersal dari batu lumut. hal ini kerana
mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya batu ini mempunyai khasiat
seperti menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit,
menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta
untuk keselamatan diri.
3. Batu Nilam – Batu Sapir
Nilam juga biasa disebut sebagai safir. Batu nilam amat dikenal
didunia perbatuan sebagai batu paling digemari oleh pencinta batu
permata Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium
batu Nilam berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia,
kalimantan Indonesia dan Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir
berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan
pancaran cahaya yang berbeda beda menjadikannya kelihatan begitu
mempersona. batu nilam mempunyai banya jenis warna seprti warna hitam,
kuning dan putih tetapi harganya tidak sebanding dengan nilam berwarna
biru. Kelebihan dan mitos pada batu nilam ini diyakini dapat
menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati,
membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.
4. Batu Panca Nur
Batu Panca Nur atau panca warna adalah sejenis batu akik bercirikan
lebih dari dua yanki lima warna. Kelebihan pada lima warna ini yaitu
merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima
pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang
terasa berat dan getarannya.
Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti,
Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya, Memancarkan
seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling, Membangkitkan
rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai, menjadikan
musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita dan
Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata
kita.
5. Batu Jarum Mas
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz adalah
jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz
ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan
putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih
keputihan dengan didalamnya terdapat warna kuning yang terbentuk
memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
6. Batu lafath
Batu lafath adalah berbentuk bergambar bertulis secara Alami tulisan
Arab, jenis batuan ini jarang ditemui di dunia perbatuan. dan bila pun
ada batu jenis ini, kiaranya Anda perlu berhati-hati dan meneliti
sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk
seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
7. Batu Serai
Batu serai berasl dari tanaman serai hutan yang berbunga atau pada
tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga. padahal pohon serai adalah
tumbuhan yang sukar untuk mengeluarkan bunga dan serai yang mengeluarkan
bunga dan begitu jarang kita jumpai. Hanya orang beruntung yang dapat
menemukan batu serai ini, terdapat berbagai jenis warna yang biasa
didapati pada batu serai ini seperti warna merah, kuning, warna jernih,
biru, hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum
ialah untuk kecantikan dan pelaris jualan.
8. Batu Zamrud
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang digemari
sejak dahulu kala. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini
adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Sayangnya
batu zamrud mempunyai harga yang agak tinggi.
Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone, batu ini
cocok dipakai oleh siapa saja. Pada zaman dahulu, zamrud hanya dipakai
oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol
keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin
batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
9. Batu Kecubung
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang
berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di
dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk.
batu Kecubung dipercayai sejak zaman awal Mesir kuno. kecubung yang
berkualitas didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia,
Russia dan India.
10. Batu Merah Delima
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang
menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. batu ini adalah raja
segala batu permata atau dikenali sebagai “king of germstone” yang
begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah
amat mulia, batu merah delima ini terdapat dalam warna merah jambu dan
merah hati.
Minggu, 15 Februari 2015
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar